McAfee
From Wikipedia, the free encyclopedia
McAfee, LLC[3] (dahulunya dikenali sebagai McAfee Associates, Inc. pada tahun 1987–2014 dan Intel Security Group pada tahun 2014–2017) merupakan sebuah syarikat perisian keselamatan komputer Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Santa Clara, California.[4]
Fakta Segera Dinamakan sempena, Jenis/bentuk sah ...
Dinamakan sempena | John McAfee |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Usahasama |
Industri | Perisian komputer |
Pendahulu | Intel Security Group (2014–2017) McAfee Associates, Inc. (1987–2014) |
Ditubuhkan | 1987; 37 tahun yang lalu (1987)[1] sebagai McAfee Associates, Inc. 2017; 7 tahun yang lalu (2017) sebagai McAfee, LLC |
Pengasas | John McAfee |
Ibu pejabat | 2821 Mission College Blvd.[2], Santa Clara, California, Amerika Syarikat |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Chris Young (CEO) |
Keluaran | Perisian keselamatan |
Perkhidmatan | Keselamatan komputer |
Pemilik |
|
Bilangan kakitangan | 6,768 (2017) |
Syarikat induk | Intel Corporation |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup
Syarikat ini dibeli oleh Intel pada bulan Februari 2011,[5][6]dan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan Keselamatan Intel.
Pada 7 September 2016, Intel mengumumkan tentang urusan strategik dengan TPG Capital untuk menukarkan Keselamatan Intel kepada usahasama antara kedua-dua syarikat yang dinamakan sebagai McAfee.[7] Urusan tersebut tamat pada 3 April 2017.[8] Thoma Bravo memegang saham minoriti di syarikat tersebut, dan Intel mengekalkan saham 49%.[9][10]