Metro Kaherah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Metro Kaherah atau secara rasminya Metro Terowong Kaherah[lower-alpha 3] adalah suatu sistem alihan laju yang terdapat di Kaherah Raya, Mesir. Sistem ini merupakan sistem metro yang pertama di Afrika dan Timur Tengah;[6][7] dibuka pada 1987 melalui Laluan 1 dari Helwan hingga Medan Ramsis dengan kepanjangan 29 kilometer (18 batu).[8] Setakat tahun 2013, Metro Kaherah telah membawa hampir 4 juta penumpang setiap hari.[9] Sehingga Oktober 2022, metro ini mempunyai 74 buah stesen, di mana empat darinya merupakan stesen pertukaran serta tiga laluan kereta api yang beroperasi dengan nombor 1 hingga 3, dengan jumlah panjang laluan 93.1 km (57.8 bt).[2][8] Metro Kaherah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan untuk Terowong dan landasan laluan-laluannya menggunakan tolok piawai (1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in)).
Metro Terowong Kaherah ميترو تروووڠ قاهرة | |||
---|---|---|---|
Umum | |||
Nama asal | مترو أنفاق القاهرةcode: ar is deprecated | ||
Pemilik | Pihak Berkuasa Kebangsaan untuk Terowong[1] | ||
Lokasi | Kaherah Raya, Mesir | ||
Jenis transit | Alihan laju | ||
Jumlah laluan/aliran | 3 | ||
Nombor laluan/aliran |
| ||
Jumlah stesen | 74[2] | ||
Bil. penumpang harian | 3.6 juta[3] | ||
Bil. penumpang tahunan | 1.314 bilion (FY2015)[3] | ||
Laman sesawang | cairometro mobilitycairo | ||
Operasi | |||
Mula beroperasi | 27 September 1987; 36 tahun yang lalu (1987-09-27)[2] | ||
Pengendali |
| ||
Ciri–ciri | Bercampur
| ||
Teknikal | |||
Panjang sistem | 93.1 km (57.8 bt)[2] | ||
Tolok landasan | 1,435 mm (4 ka 8.5 in) tolok piawai | ||
Pengelektrikan | Laluan 1: Talian atas, 1.5 kV AT Laluan 2: Rel ketiga, 750 V AT Laluan 3: Rel ketiga | ||
| |||
sunting |