Miles Dempsey
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jeneral Sir Miles Christopher Dempsey, GBE, KCB, DSO, MC (15 Disember 1896 – 5 Jun 1969) adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat British yang berkhidmat di kedua-dua perang dunia. Selaku pegawai muda, beliau berjuang di Perancis semasa Perang Dunia I, dimana beliau tercedera, dan menjalani masa yang sukar di zaman antara perang, mengembara ke pelbagai pelusuk dunia.
Sir Miles Dempsey | |
---|---|
Nama samaran | "Lucky" "Bimbo"[1] |
Kelahiran | (1896-12-15)15 Disember 1896 New Brighton, Wallasey, Cheshire, England[1] |
Meninggal dunia | 5 Jun 1969(1969-06-05) (umur 72) Yattendon, Berkshire, England |
Kesetiaan | United Kingdom |
Perkhidmatan | Tentera Darat British |
Tahun perkhidmatan | 1915–1947 |
Pangkat | Jeneral |
Unit | Rejimen Berkshire Diraja |
Arahan | Angkatan Darat Timur Tengah (1946–47) Angkatan Darat Bersekutu, Asia Tenggara (1945–46) Tentera Darat Keempat Belas (1945) Tentera Darat Kedua (1944–45) Kor XIII (1942–44) Divisyen Ke-42 Armor (1941–42) Divisyen Ke-42 (East Lancashire) Infantri (1941) Divisyen Ke-46 Infantri (1941) Briged Ke-13 Infantri (1939–40) 1 Batalion, Rejimen Berkshire Diraja (1938–39) |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Grand Cross of the Order of the British Empire[2] Knight Commander of the Order of the Bath[3] Distinguished Service Order[4] Military Cross[5] Dipuji Dalam Perutusan (4)[6][7][8] Army Distinguished Service Medal (United States)[9] Commander of the Legion of Merit (United States)[10] Grand Officer of the Order of Leopold with Palm (Belgium)[11] Croix de guerre with Palm (Belgium)[11] Knight Grand Officer of the Order of Orange-Nassau with Swords (Netherlands)[12] |
Semasa Perang Dunia II beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Bernard Montgomery dan memerintah Briged Ke-13 dalam Pertempuran Perancis pada tahun 1940, dan menghabiskan masa dua tahun melatih askar di England, sebelum memerintah Kor XIII bagi penyerbuan Sicily dan Itali pada tahun 1943. Beliau kemudian memerintah Tentera Darat Kedua semasa Pertempuran Normandy dan membuat kemaraan yang pantas ke kempen berikutnya di Utara Perancis serta Belgium dan merupakan panglima Tentera Darat British yang pertama menyeberangi sungai Rhine. Seorang perajurit yang sangat profesional dan berdedikasi yang mendapat nama baik dalam tugas aktif, Miles Dempsey dipandang tinggi oleh orang atasan dan bawahannya, terutama sekali Montgomery, walaupun beliau secara relatifnya tidak dikenali.