Misha Omar
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Misha Omar (lahir Samihah @ Aisah Omar; 6 Januari 1982 di Machang, Kelantan) adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 8 piala Anugerah Juara Lagu, 5 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & masing-masing sebuah trofi Festival Filem Malaysia dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Beliau berasal dari Machang, Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001[1]. Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi-penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ning Baizura dan Jaclyn Victor sekaligus menjadi antara penyanyi wanita paling berpengaruh dan terlaris di era 2000-an[2].
Misha Omar | |
---|---|
Kelahiran | Samihah @ Aisah binti Omar (1982-01-06) 6 Januari 1982 (umur 42) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2002ākini |
Pasangan | Firoz Ezzwan Rossly (k. 2014) |
Anak-anak | 3 |
Ibu | Zainan Mat. Nor |
Bapa | Omar Ismail |
Saudara | 7 adik-beradik (termasuk Mimi Omar) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia (2002-kini) Misha mula mengikat kontrak bersama label BMG Music Malaysia dan dua tahun kemudian label itu dibeli oleh Sony Music sekaligus menjadi satu entiti di bawah payung Sony Music Entertainment |
Pengkarya berkait | Adnan Abu Hassan, Ramli M. S., Jaclyn Victor, Andy Flop Poppy, Shazzy, Elvira Arul, Syafinaz Selamat, M. Nasir, Imagi Band |
Beliau juga antara segelintir artis Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat Asia terutama setelah memenangi anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada 2003[3]. Misha telah dicalonkan di MTV Asia Awards [4] sebanyak dua kali[5] serta terpilih untuk membuat persembahan di MTV World Stage pada 2009[6]. Beliau juga adalah artis Malaysia pertama yang mempunyai akaun VEVO di laman YouTube [7] serta lagu-lagunya juga antara lagu Malaysia yang terawal terjual di laman iTunes[8].