Modem
From Wikipedia, the free encyclopedia
Modem (singkatan bahasa Inggeris modulator-demolator "pemodulat-penyahmodulat") merupakan peranti komputer yang melaksanakan proses yang menukarkan isyarat digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat analog berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya.[1] Dengan pendek kata, ia berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital.
Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh 0. Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan sebagainya.
Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya. Ringkasnya, modem berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.