Mswati III
From Wikipedia, the free encyclopedia
Mswati III (diputerakan dengan nama Putera Makhosetive pada 19 April 1968) ialah Raja Eswatini (atau dalam bahasa siSwati, Ingwenyama), dan ketua Kerabat Diraja Swazi. Baginda menggantikan paduka ayahandanya Raja Sobhuza II yang telah mangkat. Raja Mswati diputerakan di Manzini,[1] dan merupakan anakanda tunggal bondanya Ntombi Tfwala. Putera Makhosetive dimahkotakan sebagai Mswati III, Ingwenyama dan Raja Swaziland pada 25 April 1986 pada umur 18 tahun, dan menjadi raja termuda di dunia ketika itu. Bersama ibunya Ntombi, kini Bonda Ratu (Indlovukazi), baginda memerintah sebagai seorang raja mutlak. Raja Mswati III dikenali kerana mengamalkan poligami (walaupun sekurang-kurangnya dua isteri ditentukan oleh negara) dan ketika ini memiliki 15 permaisuri.[2]
Mswati III | |
---|---|
Raja Eswatini | |
Pemerintahan | 25 April 1986 – kini |
Kemahkotaan | 25 April 1986 |
Didahului oleh | Sobhuza II |
Ndlovukati | Ntombi Tfwala |
Perdana Menteri | Lihat senarai
|
Keputeraan | (1968-04-19) 19 April 1968 (umur 56) Raleigh Fitkin Memorial Hospital, Manzini, Swaziland |
Pasangan | 15 permaisuri serentak |
Anakanda | 24 anakanda |
Kerabat | Kerabat Dlamini |
Ayahanda | Sobhuza II |
Bonda | Ntombi |