Negeri Sembilan
negeri Malaysia di Semenanjung Melayu / From Wikipedia, the free encyclopedia
Negeri Sembilan (sebutan dalam loghat tempatan: Nogori Sombilan, Nismilan; Jawi: نڬري سمبيلن) juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di sebelah utara, Pahang di sebelah timur, Johor di sebelah tenggara dan Melaka di sebelah selatan.[1]
Negeri Sembilan
Nogori Sombilan, Nismilancode: zmi is deprecated | |
---|---|
Negeri Sembilan Darul Khusus نݢري سمبيلن دار الخصوص | |
Transkripsi Lain | |
• Jawi | نڬري سمبيلن |
• Mandarin | 森美兰code: zh is deprecated (Ringkas) 森美蘭code: zh is deprecated (Tradisional) |
• Tamil | நெகிரி செம்பிலான்code: ta is deprecated Nekiri Cempilāṉcode: ta is deprecated (Transliterasi) |
Nama panggilan: Negeri Beradat | |
Lagu: Berkatlah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan | |
Koordinat: 2°45′N 102°15′E | |
Ibu negeri | Seremban |
Bandar diraja | Seri Menanti |
Pengasasan | 1773 |
Penubuhan rasmi | 1895 |
Dinamakan bersempena | Sembilan buah negeri atau luak |
Pentadbiran | |
• Jenis | Pemerintahan beraja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
• Ketua negeri | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz dan |
• Ketua kerajaan negeri | Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun |
Keluasan | |
• Jumlah | 6,686 km2 (2,581 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 1,199,974 |
Poskod | 70xxx sehingga 73xxx |
Kod ISO 3166 | ISO 3166-2:MY-05 |
Huruf plat kenderaan | N |
Laman sesawang | www |
Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri beriklim khatulistiwa. Kawasan tanah tingginya merupakan sebahagian daripada sistem pergunungan Banjaran Titiwangsa, dengan Gunung Besar Hantu sebagai titik tertinggi. Jajaran utama banjaran ini juga berakhir di sini, lebih tepatnya di Tampin di bahagian selatan negeri tersebut.
Ibu negerinya Seremban. Bandar dirajanya ialah Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar utama yang lain termasuklah Port Dickson, Kuala Pilah, Nilai, dan Bahau.
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada sembilan luak seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat dan Pasir Besar membentuk sebuah konfederasi yang memberi nama kepada negeri tersebut. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagarruyung.[2]
Berbeza dengan sistem beraja di negeri-negeri Melayu yang lain, Negeri Sembilan mengamalkan sistem beraja elektif dan bersama. pemerintahnya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Besar atau juga dikenali sebagai Yamtuan Besar dan memerintah bersama Datuk-Datuk Undang iaitu pemerintah luak berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Baginda dipilih dan dilantik melalui musyawarah Datuk-datuk Undang yang mentadbir empat Luak terbesar iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol, dan Rembau, daripada kerabat-kerabat lelaki yang sah daripada Wangsa Pagaruyung, dengan putera-putera Yamtuan terdahulu yang masih hidup didahulukan dalam pertimbangan tetapi tidak menjadi wajib untuk diundi, menjadikannya salah satu daripada sistem beraja yang lebih demokratik. Tambahan lagi, Negeri Sembilan juga mengamalkan sistem raja berperlembagaan sepertimana negeri-negeri Melayu beraja lain.