Nik Abdul Aziz Nik Mat
ulama dan ahli politik Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Tuan Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Jawi: نيء عبد العزيز بن نيء متcode: ms is deprecated ; 10 Januari 1931 – 12 Februari 2015) merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Besar Kelantan. Imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Nik Abdul Aziz Nik Mat | |
---|---|
نئ عبدالعزيز نئ مت | |
Menteri Besar Kelantan ke-17 | |
Dalam jawatan 22 Oktober 1990 – 6 Mei 2013 | |
Timbalan | Mohd Rozali Isohak (1990 hingga 1996) Abdul Halim Abdul Rahman (1990 hingga 2004) Ahmad Yakob (2004 hingga 2013) |
Sultan | Sultan Ismail Petra Sultan Muhammad V |
Didahului oleh | Mohamed Yaacob |
Digantikan oleh | Ahmad Yakob |
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 1995–2015 | |
Timbalan | Haron Din (2005-2015) Idris Omar (1995-2005) |
Didahului oleh | Yusuf Rawa |
Digantikan oleh | Haron Din |
Ketua Dewan Ulamak Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 1968–1995 | |
Didahului oleh | Hussin Rahimi Saman |
Digantikan oleh | Harun Taib |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Chempaka | |
Dalam jawatan 1995 – 12 Februari 2015 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Ahmad Fathan Mahmood |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Semut Api (digantikan dengan Chempaka) | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Wan Mamat Wan Yusoff |
Digantikan oleh | Konstituensi dimansuh |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pengkalan Chepa | |
Dalam jawatan 1974–1986 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Nik Abdullah Arshad |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kelantan Hilir (digantikan dengan Pengkalan Chepa) | |
Dalam jawatan 1967–1974 | |
Didahului oleh | Ahmad Abdullah |
Digantikan oleh | Konstituensi dimansuh |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1931-01-10)10 Januari 1931 Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 12 Februari 2015(2015-02-12) (umur 84) |
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Kg.Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Puan Sri Datin Hajah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak |
Anak-anak | Nik Aini Nik Omar Nik Adli Nik Abdul Rahim Nik Mohamad Abduh Nik Adilah Nik Mohamad Asri Nik Amani Nik Amalina Nik Asma' Salsabila |
Ibu bapa | Nik Mat Raja Banjar Aminah Abdul Majid |
Alma mater | Universiti Al-Azhar |
Anugerah | Senarai |
Laman web rasmi | Blog Tok Guru |
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1]
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul The 500 Most Influential Muslims.[2]