Parc des Princes
From Wikipedia, the free encyclopedia
Parc des Princes (Sebutan bahasa Perancis: [paʁk de pʁɛ̃s]) merupakan sebuah stadium bola sepak di Daerah 16, Paris, Perancis,[1] berdekatan dengan Stade Jean-Bouin dan Stade Roland Garros.[1][2]
Lokasi | 24 Rue du Commandant Guilbaud 75016 Paris, Île-de-France, Perancis |
---|---|
Koordinat | 48°50′29″N 2°15′11″E |
Transit awam | Porte de Saint-Cloud |
Pentadbir | Paris Saint-Germain |
Kapasiti | 47,929 |
Rekod kehadiran | 50,370 (Ragbi: Perancis vs Wales, 18 Februari 1989) |
Saiz Padang | 105 m × 68 m (344 ka × 223 ka) |
Permukaan | GrassMaster oleh Tarkett Sports |
Pembinaan | |
Dibina | 1967 (sekarang) |
Dibuka | 25 Mei 1972 (1972-05-25) |
Pengubahsuaian | 1997–1998, 2014–2016 |
Kos pembinaan | 150 juga FRF (1972) |
Arkitek | Roger Taillibert & Siavash Teimouri |
Tuan rumah | |
Paris Saint-Germain (1974–kini) |
Stadium ini, dengan kapasiti tempat duduknya sebanyak 47,929, telah menjadi gelanggang sendiri (home ground) bagi Paris Saint-Germain sejak 1974.[3][4] Sebelum pembukaan Stade de France pada 1998, stadium ini juga merupakan gelanggang sendiri pasukan bola sepak kebangsaan Perancis dan pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Perancis.[4] Padang Parc des Princes dikelilingi oleh tempat duduk yang berbumbung di empat sisinya, yang secara rasminya dikenali sebagai Tribune Borelli, Tribune Auteuil, Tribune Paris, dan Tribune Boulogne.[5]
Direka oleh arkitek Roger Taillibert dan Siavash Teimouri, versi sekarang stadium ini dibuka secara rasmi pada 25 Mei 1972, dengan kos sebanyak 80–150 juta franc.[6][7] Sebelum ini, dua stadium pernah dibina di atas tapak tersebut, dengan yang pertama dibuka pada 1897 dan yang kedua pada 1932.[2]
Rekod kehadiran penonton tuan rumah bagi PSG adalah pada 1983, apabila 49,575 penonton menyaksikan kemenangan kelab tersebut (dengan mata 2–0) semasa berlawan dengan Waterschei dalam peringkat suku akhir Piala Winners UEFA.[8] Namun, rekod keseluruhan kehadiran penonton tercatat oleh pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Perancis semasa mereka mengalahkan Wales dengan mata 31–12 dalam Kejohanan Lima Bangsa 1989 di hadapan 50,370 penonton.[9]