Perang Enam Hari
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Enam Hari (Tulisan Jawi: ڤرڠ انم هاري; Bahasa Ibrani: מלחמת ששת הימים Milkhemet Sheshet HaYamim, Bahasa Arab: حرب الأيام الستة ḥarb al-ayyām al-sittaṯ), juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967, merupakan peperangan antara Israel dan negeri-negeri Arab, iaitu Mesir, Jordan, dan Syria.
| ||||||||||||||||||||||||||||||
Apabila Mesir mengusir keluar Pasukan Kecemasan PBB dari sempadan Mesir-Israel dan menambahkan bilangan angkatan tenteraannya dekat sempadan, Israel melancarkan serangan terhadap pangkalan angkatan tentera udara Mesir kerana bimbang serangan akan dilakukan oleh Mesir. [2] [3][4] [5] [6] [7] [8] Jordan pula menyerang bandar Israel Baitulmaqdis dan Netanya. [9] [10] Pada akhir perang, Israel berjaya menguasai Genting Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat, dan Bukit Golan. Kesan perang ini mempengaruhi geopolitik kawasan Timur Tengah sehingga hari ini.