Perang Vietnam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Perang Vietnam (Tulisan Jawi: ڤراڠ ۏيتنام), ada kalinya disebut juga "Perang Indochina" ataupun "Konflik Vietnam". Dalam bahasa Vietnam, peperangan ini disebut sebagai "Perang Amerika" ataupun mengikut nama yang digunakan oleh Kerajaan Vietnam, Kháng chiến chống Mỹ (Peperangan Menentang Amerika). Peperangan ini melibatkan Republik Demokratik Vietnam (dipanggil juga Vietnam Utara) dan sekutunya menentang Republik Vietnam (ataupun Vietnam Selatan) dan sekutunya, khususnya Amerika Syarikat.
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Vietnam War (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Perang Vietnam Chiến tranh Việt Namcode: vi is deprecated (Vietnam) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Peperangan Indochina dan Perang Dingin | |||||||||
Fail:VNWarMontage.png Ikut arah jam, dari atas kiri: Operasi tempur A.S. di Ia Đrăng, ARVN Rangers mempertahan Saigon ketika Serangan Tết 1968, dua A-4C Skyhawk selepas Kejadian Teluk Tonkin, ARVN menawan semula Quảng Trị ketika Serangan Easter 1972, orang awam lari daripada Pertempuran Quảng Trị 1972, dan pengebumian 300 orang mangsa Pembunuhan beramai-ramai Huế 1968. | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Sokongan tentera: |
Sokongan tentera: | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
|
| ||||||||
Kekuatan | |||||||||
≈860,000 (1967) |
≈1,420,000 (1968) | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Jumlah tentera cedera: ≈604,200 (kecuali GRUNK dan Pathet Lao) |
Jumlah tentera terkorban: 333,620–392,364 | ||||||||
| |||||||||
a Anggaran awal angka atas, kemudian difikirkan dinaikkan sekurang-kurangnya 30% (angka rendah), kemungkinan termasuk orang awam salah cam sebagai askar tempur, lihat Kontroversi pengiraan mayat Perang Vietnam[44][50] |
Templat:Campaignbox Vietnam War
Templat:Campaignbox Vietnam War massacresRamai pemerhati Barat melihat perang ini sebagai perang proksi bagi Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Perang ini salah satu daripada beberapa konflik semasa Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dan sekutunya menentang Kesatuan Soviet dan sekutunya. Perang seperti ini disebut sebagai perang proksi kerana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sendiri tidak pernah bersemuka secara terang-terang di medan pertempuran kerana khuatir akan meletuskan peperangan nuklear yang amat membinasakan.
Sekutu Vietnam Utara termasuk Barisan Pembebasan Vietnam Selatan (Vietcong), Kesatuan Soviet dan China. Vietnam Selatan dibantu Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Korea Selatan. Sekutu Vietnam Selatan menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam. Penglibatan tentera Amerika Syarikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan mulai tahun 1965 dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973.
Peperangan ini mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam Selatan tewas keseluruhannya.