Pertempuran El Alamein Pertama
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran El Alamein Pertama (1–27 Julai 1942) adalah satu pertempuran Kempen Gurun Barat dalam Perang Dunia II, yang berperang di Mesir antara Tentera Darat Panzer Afrika (Panzerarmee Afrika, merangkumi Kor Afrika) (Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Erwin Rommel) dari tentera Paksi (Jerman dan Itali) dan Tentera Darat Kelapan (Jeneral Claude Auchinleck) dari tentera Bersekutu (Imperial British dan Komanwel) (Britain, India British, Australia, Afrika Selatan dan New Zealand).
Pertempuran El Alamein Pertama | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kempen Gurun Barat dalam Perang Dunia II | |||||||
Infantri British bersiap sedia di benteng guni pasir berhampiran El Alamein, 17 Julai 1942. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Jerman Itali |
Afrika Selatan | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Erwin Rommel | Claude Auchinleck | ||||||
Kekuatan | |||||||
96,000 askar (40,000 Jerman, 56,000 Itali) 70 kereta kebal pada awalnya[lower-alpha 1][1] ~500 pesawat |
150,000 askar 179 kereta kebal pada awalnya[lower-alpha 2][2] 1,000+ laras artileri 1,500+ pesawat | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
10,000 terbunuh atau cedera[3] 7,000 tawanan[4][5] | 13,250 kasualti[5] |
Pihak British menghalang kemaraan kedua tentera Paksi kedalam Mesir. Kedudukan tentera Paksi berhampiran El Alamein, hanya 66 bt (106 km) dari Iskandariah, dekat dengan pelabuhan dan bandar-bandar Mesir, fasiliti pangkalan tentera komanwel dan Terusan Suez. Bagaimanapun, tentera Paksi terlalu jauh dari pangkalan mereka di Tripoli, Libya untuk kekal lama di El Alamein, yang membawa kedua-dua belah pihak untuk mengumpul bekalan bagi serangan seterusnya, dibatasi kekangan masa dan jarak.