Piala Dunia Ragbi 2019
From Wikipedia, the free encyclopedia
Piala Dunia Ragbi 2019 merupakan sebuah acara pertandingan ragbi peringkat tertinggi yang pernah berlangsung di Jepun bermula sejak 20 September hingga 2 November 2019. Acara Piala Dunia ke-9 ini merupakan kali pertama pertandingan ini dianjurkan di benua Asia serta di luar dari tradisi pertandingan dalam sejarah Kesatuan Ragbi Sedunia.
Fakta Segera 2019 ラグビーワールドカップ, Perincian kejohanan ...
2019 ラグビーワールドカップ | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Jepun |
Tarikh | 20 September hingga 2 November |
Pasukan | 20 (93 kelayakan) (dari 6 konfederasi) |
Tempat | 12 |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Afrika Selatan (Kejuaraan Ke-3) |
Naib Juara | England |
Tempat Ketiga | New Zealand |
Tempat Keempat | Wales |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 45 |
Jaringan gol | 295 (6.56 per perlawanan) |
Kehadiran | 1,704,443 (37,877 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Handré Pollard (69) - Afrika Selatan |
Pemain terbaik | Josh Adams (7 try) - Wales |
← 2015 2023 → |
Tutup
Upacara pembukaan dijalankan di Stadium Ajinomoto, Chōfu, Tokyo manakala kejohanan peringkat akhir dijalankan di Stadium Yokohama / Nissan, Yokohama, Wilayah Kanagawa. Venue kejohanan diumukan pada September 2015 selepas penyertaan Jepun sebagai hos kejohanan terpilih. [1] Manakala, Stadium Olimpik Kebangsaan di Tokyo sedang dalam pengubahsuaian untuk kejohanan Olimpik musim panas 2020.