Poopol Wuuj
From Wikipedia, the free encyclopedia
Poopol Wuujcode: quc is deprecated (disebut [ˈpʰoːpʰol ˈʋuːχ], "Kitab Sidang" dalam bahasa Kʼicheʼ[1], juga dirumikan kepada Popol Vuh, Popol Wuj, Popul Vuh atau Pop Vuj)[2] ialah manuskrip menceritakan sejarah dan mitologi orang Kʼicheʼ —salah satu rumpun bangsa Maya yang mendiami Guatemala, negeri-negeri Chiapas, Campeche, Yucatan dan Quintana Roo di Mexico serta beberapa daerah tertentu di Belize, Honduras dan El Salvador moden— sebelum datangnya Empayar Sepanyol menakluk jajah rantau Amerika Tengah.[3]
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Sepanyol. (September 2022)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Penghikayatan ini dipelihara sekian lama secara lisan[4] sehinggalah ia dicatatkan sekitar tahun 1550;[5] lagi-lagi dengan pemusnahan manuskrip-manuskrip bertulisan asli Kʼicheʼ sendiri dilakukan Gereja Katolik pimpinan uskup Diego de Landa yang menganggapnya bahan penyembahan berhala.[6] Pencatatan ini asasnya dimulakan Francisco Ximénez, seorang rahib mazhab Dominikus yang mengarang teks salinan menggandingkan terjemahan bahasa Sepanyol.[4]