Regalia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Regalia (atau dipanggil alat kebesaran diraja) ialah perkataan jamak tantum Latin yang mempunyai definisi berbeza. Dalam satu definisi yang jarang disebut, ia merujuk kepada hak eksklusif seseorang raja . Perkataan ini pada asalnya merujuk kepada pakaian istiadat dan perhiasan rasmi diraja, tetapi sekarang perkataan ini lazimnya merujuk kepada apa-apa jenis pakaian istiadat dan perhiasan rasmi.
Untuk kegunaan lain, sila lihat Regalia (nyahkekaburan).
Perkataan regalia berasal daripada kata nama Latin bagi kata sifat regalis, "regal", kata itu sendiri berasal dari rex, "raja". Ia kadangkala digunakan dalam bentuk tunggal, regale.[note 1]