Reich Jerman
From Wikipedia, the free encyclopedia
Deutsches Reich (bahasa Jerman: [ˈdɔʏtʃəs ˈʀaɪç]) adalah nama rasmi bagi Negara Jerman dari tahun 1871 hingga 1943 dalam bahasa Jerman. Ia diterjemah secara harfiah kepada "Empayar Jerman", dengan konteks yang menyamai "Alam Jerman".[1] Daripada tahun 1943 hingga 1945, nama rasminya ialah - tetapi tidak diumumkan secara rasmi - Großdeutsches Reich ("Empayar Jerman Raya") susulan dari wilayah-wilayah baru yang diilhakkan ke dalam pentadbiran negara semasa Perang Dunia II.
Bagi merujuk pada zaman keseluruhan, sebahagiannya diterjemah "Reich Jerman" /ˈdʒɜːrmən ˈraɪk/, yang tidak mempunyai konotasi beraja, sering digunakan,[2] dengan "Alam Jerman" sebagai terjemahan langsung yang lebih sesuai dengan gelaran rasmi.[1] Secara tidak rasmi, negara ini juga dikenali sebagai Jerman.
Terdapat tiga zaman dalam sejarah Reich:
- Reich Pertama (Jerman: Erstes Reichcode: de is deprecated ): Empayar Suci Rom (Jerman: Heiliges Römisches Reichcode: de is deprecated ) 962–1806 kemudian Empayar Suci Rom Bangsa Jerman (Jerman: Heiliges Römisches Reich Deutscher Nationcode: de is deprecated ), juga dipanggil Empayar Purba (Jerman: Altes Reichcode: de is deprecated )
- Reich Kedua (Jerman: Zweites Reichcode: de is deprecated ): Empayar Jerman (Jerman: Deutsches Kaiserreichcode: de is deprecated ) 1871–1918
- Reich Ketiga (Jerman: Drittes Reichcode: de is deprecated ): Jerman Reich (Jerman: Deutsches Reichcode: de is deprecated ) 1933–1943 kemudian Empayar Jerman Raya (Jerman: Großdeutsches Reichcode: de is deprecated ) 1943–1945
Zaman Weimar tahun 1918–1933, yang juga dipanggil Jerman Reich, telah diabaikan dan dikecam oleh pihak Nazi sebagai penyimpangan sejarah, ia dirujuk dengan penghinaan sebagai "Negara Sistem".
Didalam buku tahun 1923 yang bertajuk Das Dritte Reich oleh Arthur Moeller van den Bruck,[3] menyatakan bahawa zaman Empayar Suci Rom sebagai empayar pertama dan monarki 1871–1918 sebagai empayar kedua, yang kemudian diikuti oleh empayar ketiga yang "lebih bertenaga", iaitu Jerman Nazi.