Republik Krajina Serbia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Republik Krajina Serbia (RSK; [Република Српска Крајина (РСК) / Republika Srpska Krajina] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), disebut [rɛpǔblika sr̩̂pskaː krâjina]; kadang kala dialih bahasa sebagai Republik Serb Krajina), biasanya dikenali dengan Krajina Serbia atau ringkasnya Krajina, adalah sebuah wilayah Serb yang diistiharkan sendiri[[:]][5][6] dalam negara Republik Croatia semasa Perang Kemerdekaan Croatia. Ia telah diasaskan pada tahun 1991, dan tidak diiktiraf oleh pihak antarabangsa. Secara rasminya, kewujudannya bermula pada tahun 1991 sehingga 1995, yang mana telah dimulakan setahun sebelumnya melalui wilayah pemisah yang lebih kecil. Nama Krajina ("Perbatasan") diambil dari tanah sempadan yang bersejarah, Perbatasan Ketenteraan, di Empayar Austria-Hungary, yang mana wujud sehingga kurun ke-19. Kerajaan pemisahnya terlibat dalam sebuah perang untuk kemerdekaan etnik Serb daripada Republik Croatia, yang mana kemudian keluar daripada Yugoslavia, setelah sempadan Croatia diiktiraf oleh negara-negara antarabangsa pada bulan Ogos 1991 dan Februari 1992.
Republik Krajina serbia Република Српска Крајина Republika Srpska Krajina | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1991–1995 | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Cogan kata: Samo Sloga Srbina Spasava Само Слога Србина Спасава "Hanya Perpaduan Menyelamatkan Serbia" | |||||||||||||||
Lagu kebangsaan: Bože Pravde Боже Правде "Tuhan Keadilan" | |||||||||||||||
Status | Negara tidak diakui[1] | ||||||||||||||
Ibu negara | Knin | ||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Serbia | ||||||||||||||
Agama | Ortodoks Serbia | ||||||||||||||
Kerajaan | Republik | ||||||||||||||
Presiden | |||||||||||||||
• 1991–1992 | Milan Babić (pertama) | ||||||||||||||
• 1994–1995 | Milan Martić (akhir) | ||||||||||||||
Perdana Menteri | |||||||||||||||
• 1991–1992 | Dušan Vještica (pertama) | ||||||||||||||
• 1995 | Milan Babić (akhir) | ||||||||||||||
Badan perundangan | Perhimpunan Kebangsaan | ||||||||||||||
Era Sejarah | Perang Yugoslavia | ||||||||||||||
• Revolusi Log | 17 Ogos 1990 | ||||||||||||||
• Perlembagaan diterima pakai | 19 Disember 1991 | ||||||||||||||
• Operasi Flash | 3 Mei 1995 | ||||||||||||||
• Operasi Storm | 8 Ogos 1995 | ||||||||||||||
• Persetujuan Erdut | 12 November 1995 | ||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||
1991[2] | 17,028 km2 (6,575 bt2) | ||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||
• 1991[2] | 286716 | ||||||||||||||
• 1993[2] | 435595 | ||||||||||||||
• 1994 | 430000 | ||||||||||||||
Mata wang | Dinar Krajina | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Croatia | ||||||||||||||
Milan Babić, bekas Presiden Krajina Serbia, telah memberi keterangan di Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY) bahawa Krajina telah dibekalkan senjata oleh kerajaan Slobodan Milošević dari Serbia, dan bahawa Krajina secara ekonomi dan kewangan bergantung kepada Serbia.[7] Babic juga memberi keterangan bahawa Milošević memiliki kuasa de facto ke atas kedua-dua Tentera Darat Krajina Serbia dan Tentera Darat Rakyat Yugoslavia (JNA) sahemasa pemerintahan beliau di Krajina melalui rantaian perintah alternatif iaitu melalui Polis Serbia.
Kerajaan Krajina memiliki kuasa de facto ke atas bahagian tengah wilayah sementara kawasan pinggir berubah berdasarkan kejayaan dan kegagalan aktiviti-aktiviti ketenteraannya. Wilayah ini secara rasminya dilindungi oleh Pasukan Perlindungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNPROFOR).
Wilayah utamanya kemudian berjaya dikuasai oleh tentera Croatia pada tahun 1995 dan akibatnya Republik Krajina Serbia dibubarkan; sebuah jalur kawasan yang masih kekal di timur Slavonia diletakkan di bawah pentadbiran UNTAES sehingga penyatuannya secara aman ke dalam Croatia pada tahun 1998.