Republik Sosialis Soviet Abkhazia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Republik Sosialis Soviet Abkhazia (RSS Abkhazia)[lower-alpha 1] merupakan republik berusia pendek yang terletak di bahagian Kesatuan Soviet kawasan Caucasus yang meliputi wilayah Abkhazia,[lower-alpha 2] dan telah wujud dari 31 Mac 1921 hingga 19 Februari 1931. Dibentuk selepas pencerobohan Tentera Merah di Georgia pada 1921, Abkhazia merupakan negara merdeka sehinggalah 16 Disember 1921, apabila republik ini menandatangani persetujuan yang menyatukannya dengan Republik Sosialis Soviet Georgia (RSS Georgia). RSS Abkhazia adalah hampir serupa dengan sebuah republik Soviet yang berautonomi, walaupun ia mengekalkan kemerdekaan pada nama dari Georgia dan diberikan beberapa ciri yang hanya republik kesatuan penuh punyai seperti unit tentera tersendiri. Melalui statusnya sebagai "republik persetujuan" bersama-sama dengan Georgia, Abkhazia menyertai Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia, yang menyatukan RSS Armenia, Azerbaijan dan Georgia ke dalam satu unit persekutuan. RSS Abkhazia dibubarkan pada tahun 1931 dan digantikan dengan Republik Sosialis Soviet Berautonomi Abkhaz di dalam RSS Georgia.
Republik Sosialis Soviet Abkhazia ريڤوبليق سوسياليس سوۏييت ابخازيا | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1921–1931 | |||||||||
| |||||||||
Cogan kata: Пролетарии всех стран, соединяйтесь! Proletarii vsekh stran, soyedinyaytes'! "Murba di seluruh negara, bersatulah!" | |||||||||
Lagu kebangsaan: Интернационал Internatsional "Antarabangsa" | |||||||||
Ibu negara | Sukhumi | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Abkhaz, Georgia, Rusia | ||||||||
Kerajaan | Republik sosialis | ||||||||
Badan perundangan | Kongres Soviet | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Didirikan | 31 Mac 1921 | ||||||||
• Dibubarkan | 19 Februari 1931 | ||||||||
Keluasan | |||||||||
1926 | 8,600 km2 (3,300 bt2) | ||||||||
Populasi | |||||||||
• 1926 | 201,016 | ||||||||
Mata wang | Ruble | ||||||||
|
Semasa kewujudannya, RSS Abkhazia diketuai oleh Nestor Lakoba, yang berkhidmat secara rasmi sebagai Pengerusi Majlis Komisar Rakyat tetapi dikawal oleh pihak republik sedemikian rupa sehingga secara bergurau disebut sebagai "Lakobistan". Disebabkan hubungan rapat Lakoba dengan pemimpin Soviet Joseph Stalin, pengkolektifan ditangguhkan sehinggalah Abkhazia bergabung dengan Georgia. Abkhazia tetap mejadi pengeluar tembakau utama di era ini, berkembang lebih separuh daripada bekalan USSR. Ia juga mengeluarkan hasil pertanian lain seperti teh, wain dan buah-buahan sitrus, menjadikan Abkhazia salah satu wilayah terkaya di Kesatuan Soviet. Iklim subtropika menjadikannya destinasi pelancongan terkenal, di mana Stalin dan para pemimpin Soviet lain memiliki dacha (rumah percutian) di kawasan itu dan meluangkan beberapa waktu di situ.