Robert F. Kennedy
From Wikipedia, the free encyclopedia
Robert Francis "Bobby" Kennedy (20 November, 1925–6 Jun, 1968), juga dikenali sebagai RFK, adalah seorang ahli politik Amerika Syarikat. Beliau juga adalah Peguam Negara Amerika Syarikat sejak tahun 1961 sehingga 1964. Bermula tahun 1965 sehingga pembunuhan beliau pada tahun 1968, Kennedy merupakan seorang ahli senator New York. Beliau adalah adik lelaki kepada Presiden A.S. John F. Kennedy dan bertindak sebagai salah seorang penasihat John F. Kennedy semasa tempoh beliau memegang jawatan presiden. Sembilan bulan selepas pembunuhan John F. Kennedy pada bulan November 1963, Kennedy berkhidmat sebagai Peguam Negara dengan Presiden Lyndon B. Johnson. Bagaimanapun, pada bulan September 1964, Kennedy meletak jawatan sebagai peguam negara dan bertanding kerusi senat, dan beberapa tahun selepas itu terlibat dalam pertikaian dengan Presiden Johnson berkenaan Perang Vietnam.
Robert Francis Kennedy | |
---|---|
Senator Amerika Syarikat dari New York | |
Dalam jawatan 3 Januari, 1965 – 6 Jun, 1968 | |
Didahului oleh | Kenneth Keating |
Digantikan oleh | Charles E. Goodell |
Peguam Negara Amerika Syarikat ke-64 | |
Dalam jawatan 20 Januari, 1961 – 3 September, 1964 | |
Presiden | John F. Kennedy, Lyndon B. Johnson |
Didahului oleh | William P. Rogers |
Digantikan oleh | Nicholas Katzenbach |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1925-11-20)20 November 1925 Brookline, Massachusetts, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | Jun 6, 1968(1968-06-06) (umur 42) Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
Kerakyatan | Amerika Syarikat |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Ethel Skakel |
Alma mater | Universiti Harvard Universiti Virginia |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Pada awal tahun 1968, Kennedy mula berkempen untuk jawatan presiden dan cuba untuk dinamakan sebagai calon Parti Demokrat; di California. Kennedy telah berjaya menewaskan McCarthy. Walau bagaimanapun, pada 5 Jun, 1968, Kennedy telah ditembak dan meninggal dunia sehari kemudian. Pada 9 Jun, Presiden Johnson telah menugaskan kakitangan keselamatan bagi mengawal keselamatan kepada kesemua calon presiden dan telah mengistiharkan hari berkabung negara sebagai tanda kesedihan orang ramai berikutan kematian Kennedy.