baka anjing dari Semenanjung Arab / From Wikipedia, the free encyclopedia
Saluki[lower-alpha 1] ialah satu baka terpiawai yang dikembangkan daripada anjing pemburu penglihatan – anjing yang berburu terutamanya dengan penglihatan dan bukan pula dengan bau kuat – yang pernah digunakan oleh suku-suku nomad untuk menumbangkan haiwan buruan.[2] Anjing ini pada asalnya dibiakbakakan di Semenanjung Arab.[1] Baka moden biasanya berdada dalam dan bertungkai panjang[2] dan anjing serupa muncul dalam kesenian zaman pertengahan dan kesenian purba. Baka ini paling berkait rapat dengan anjing pemburu Afghan, iaitu baka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19[3] dan saluki telah dibiakbakakan secara tulen di Timur Tengah, termasuk oleh kerabat diraja, sejak sekurang-kurangnya zaman itu, dan di Barat (terutamanya di Britain dan di Jerman) sejak tahun 1840-an (dengan piawaian baka yang diasaskan di Barat dan di Timur Tengah pada sekitar tahun 1920-an–1930-an), namun sebagai baka tempatan bebas membiak, anjing serupa adalah umum sebagai haiwan jalang di Timur Tengah. Satu baka terpiawai berkaitan ialah sloughi dari Afrika Utara.
Rencana ini mengenai baka anjing.Untuk perkhidmatan kereta api penumpang, sila lihat Saluki (Amtrak).Untuk program sukan kolej yang menggunakan haiwan ini sebagai simbol, sila lihat Southern Illinois Salukis.