Senarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Oceania
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Ini senarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Oceania. Walaupun ia kebanyakan laut dan menjangkau banyak keping benua, Oceania selalunya tersenarai dengan benua.
Senarai ini mengikuti sempadan geopolitik Oceania, termasuk Australasia, Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Daratan benua utama Oceania ialah Australia.[1]
Sempadan di antara Asia dan Oceania tidak ditentukan dengan jelas. Atas sebab-sebab politik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu anggap sempadan di antara dua wilayah ialah sempadan Indonesia–Papua New Guinea.[2] Papua New Guinea kadangkala dianggap Asia kerana jirannya Indonesia, tetapi ini jarang, dan ia diterima secara amnya sebahagian Oceania. Dari segi geografi, wilayah Papua dan Papua Barat sebahagian daripada benua Oceania.