Senarai penggubah muzik era romantis
rencana senarai Wikimedia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Era zaman romantis ialah era muzik terpenting untuk abad ke-19. Ia adalah tunggak utama kebangkitan muzik klasikal. Penggubah muzik era romantis memperkembangkan struktur dan bentuk muzik dari era sebelumnya dengan menghasilkan corak muzik yang lebih panjang, menggunakan cara baru seperti penggunaan teknik pembuatan muzik (cyclic form) dan muzik program (Program music).
Senarai penggubah muzik klasikal | |
Pertengahan (Medieval) | (476 - 1400) |
Pembaharuan (Renaissance) | (1400 - 1600) |
Barok (Baroque) | (1600 - 1760) |
Klasikal (Classical) | (1730 - 1820) |
Romantis (Romantic) | (1815 - 1910) |
Abad ke-20 | (1900 - 2000) |
Abad ke-21 | (2000 - ) |
Muzik era ini makin bertambah baik dengan bantuan teknologi moden yang membantu memperbaiki kualiti bunyi alat-alat muzik ditambahkan dengan alatan valves hingga ke brass dan piano yang moden. Penggubah pula meninggikan lagi tahap kemahiran mereka dan kerap menggunakan istilah dalam bahasa Itali seperti dolce bermaksud halus dan merdu atau maestoso bermaksud hebat atau agung sebagai arahan untuk penyampaian kehalusan seni muzik mereka.
Mereka juga membuat eksperimen dengan menggunakan alat tonalité (sistem untuk menulis nota mengikut nada bunyi), termasuk mempertingkatkan kegunaan skala kromatik dan konsonan. Pemuzik–pemuzik bebas juga mula menjadi terkenal di dalam era ini seperti Glinka dari Russia dan Sinelius dari Finland dengan menjadikan lagu-lagu rakyat (Folk music) atau lagu – lagu kegemaran ramai dari tanah lahir mereka sebagai sumber inspirasi.
Pada penghujung muzik era romantis, satu pergerakan muzik yang bergelar "Pergerakan muzik klasikal eropah" (Impressionist music) muncul. Antaranya ialah penggubah Claude Debussy dan Maurice Ravel yang menggunakan alam persekitaran atau atmosfera untuk menggubah lagu dari cara kebiasaannya yang mengunakan perasaan dan emosi.[1] Walaupun cara begini tidak dianggap sebagai romantik untuk era ini, tetapi ia dilihat sebagai satu cabang baru kepada muzik era romantis.