Serangan Nice 2016
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada malam 14 Julai 2016, Mohamed Lahouaiej Bouhlel, seorang warga Tunisia yang bermastautin di Perancis,[4][5] memandu sebuah lori kargo 19 ton hingga merempuh sekerumun orang yang menyambut Hari Bastille di Promenade des Anglais di Nice, menyebabkan 84 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera,[3][6][7] sebelum dirinya ditembak mati oleh polis. Insiden ini disifatkan sebagai serangan pengganas utama ketiga di Perancis sejak Januari 2015, menyusuli serangan Île-de-France pada 7–9 Januari 2015 dan serangan Paris pada 13 November 2015.[8]
Fakta Segera Lokasi, Koordinat ...
Serangan Nice 2016 | |
---|---|
Lokasi | Promenade des Anglais, Nice, Perancis |
Koordinat | 43.6936°N 7.2557°E / 43.6936; 7.2557 |
Tarikh | 14 Julai 2016 (Hari Bastille) s. 22:40 CEST (UTC+02:00) |
Sasaran | Civilian |
Jenis serangan | Serangan berkenderaan |
Senjata | Trak kargo dan pistol |
Kematian | 85 (termasuk pesalah)[1][2] |
Tercedera | 202 (52 parah)[3] |
Pelaku | Mohamed Lahouaiej-Bouhlel |
Penyerang | Mohamed Lahouaiej Bouhlel |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup