Serangan gas sarin ke atas kereta api bawah tanah Tokyo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Serangan sarin ke atas kereta api bawah tanah Tokyo, atau dirujuk oleh media Jepun sebagai Insiden Sarin Keretapi Bawah Tanah (地下 鉄 サ リ ン 事件 Chikatetsu Sarin Jiken?), ialah satu tindakan keganasan domestik yang dilakukan pada 20 Mac 1995 di Tokyo, Jepun, oleh ahli-ahli pergerakan kultus Aum Shinrikyo.
Serangan gas sarin ke atas kereta api bawah tanah Tokyo | |
---|---|
Nama asli | 地下鉄サリン事件 |
Lokasi | Tokyo, Jepun |
Koordinat | 35°42′N 139°42′E |
Tarikh | 20 Mac 1995; 29 tahun yang lalu (1995-03-20) 8:00 (UTC+9) |
Sasaran | Stesen keretapi bawah tanah Tokyo |
Jenis serangan | Serangan kimia |
Senjata | SarinSarin |
Kematian | 12 |
Tercedera | 1,000 [lower-alpha 1] |
Pelaku | Aum Shinrikyo |
sunting · sunting di Wikidata |
Dalam lima serangan terselaras, pengganas-pengganas mengeluarkan sarin pada beberapa laluan kereta api bawah tanah Tokyo semasa waktu puncak, membunuh 12 orang, mencederakan 50 dan menyebabkan masalah penglihatan sementara seramai hampir 1000 yang lain. Serangan itu ditujukan kepada kereta api yang melalui Kasumigaseki dan Nagatacho, rumah kepada kerajaan Jepun. Ia adalah serangan yang paling serius berlaku di Jepun sejak akhir Perang Dunia Kedua.
Insiden ini juga berlaku dua bulan selepas gempa bumi Kobe pada 17 Januari 1995.