Shah Rukh Khan di dalam media
From Wikipedia, the free encyclopedia
Taj Mohammad khan ialah seorang pelakon filem, penerbit dan personaliti televisyen India. Disebut dalam media sebagai "Baadshah Bollywood", "King of Bollywood" atau "King Khan", beliau telah muncul dalam lebih 80 filem Bollywood pelbagai genre termasuk cinta, aksi dan komedi. Beliau mempunyai ikutan ramai di Asia dan diaspora India di seluruh dunia. Khan merupakan pelakon kedua terkaya di dunia pada tahun 2014, dengan nilai bersih AS$ 600 juta. Pekerjaannya di Bollywood telah memperoleh pelbagai anugerah, termasuk 14 Anugerah Filmfare daripada 30 pencalonan.[lower-alpha 1]
Khan yang kini merupakan pengerusi bersama syarikat penerbitan wayang gambar Red Chillies Entertainment dan anak-anak syarikatnya, dan merupakan pemilik bersama pasukan kriket Liga Perdana India, Kolkata Knight Riders. Pada tahun 2007, beliau membuat kemunculan sulung sebagai pengacara televisyen dalam rancangan permainan Star Plus Kaun Banega Crorepati?. Media sering melabelkan beliau sebagai "Jenama SRK" kerana jenama penajaan dan keusahawanan beliau. Usaha dermawan Khan telah menyediakan penjagaan kesihatan dan bantuan bencana, dan beliau telah diberi penghormatan dengan anugerah Marni Pyramide con UNESCO pada tahun 2011 bagi sokongannya terhadap pendidikan kanak-kanak. Beliau kerap tampil dalam senarai orang yang paling berpengaruh dalam budaya India, dan pada tahun 2008 Newsweek menamakan beliau salah satu daripada 50 orang yang paling berkuasa dalam dunia.