Sukan Olimpik Musim Panas 2016
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Olimpik Musim Panas 2016 (Portugis: Jogos Olímpicos de Verão de 2016code: pt is deprecated , bahasa Inggeris: 2016 Summer Olympicscode: en is deprecated ; diringkaskan kepada Rio 2016) atau nama rasminya Sukan Olimpik XXXI (bahasa Inggeris: Games of the XXXI Olympiadcode: en is deprecated ) dan secara meluas dikenali sebagai ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil. Pusingan pembukaan untuk acara tertentu bermula pada 3 0gos 2016—dua hari sebelum upacara pembukaan dan acara sukan ini berlangsung secara rasmi bermula 5 Ogos sehingga 21 Ogos 2016.
Hos Bandar | Rio de Janeiro, Brazil |
---|---|
Cogan kata | A new world (Bahasa Portugis: Um mondo novo) (Sebuah dunia baharu) |
Negara | 207 |
Atlet | 11,238 |
Acara | 306 dalam 28 sukan (41 disciplin) |
Pembukaan | 5 Ogos 2016 |
Penutupan | 21 Ogos 2016 |
Dibuka oleh | |
Kawah Obor | Vanderlei Cordeiro de Lima dan Jorge Gomes |
Stadium | Maracanã |
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 |
Lebih daripada 10,500 atlet dari 206 negara mengambil bahagian termasuk penyertaan buat pertama kali Kosovo dan Sudan Selatan.[1] Bersama 306 set pingat, acara sukan ini akan menampilkan 28 sukan Olimpik - termasuk ragbi tujuh dan golf yang ditambah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 2009. Acara sukan ini mengambil tempat di 33 venue di bandar tuan rumah dan 5 venue di bandar São Paulo (bandar terbesar Brazil), Belo Horizonte, Salvador, Brasília (ibu negara Brazil) dan Manaus.
Ini merupakan Sukan Olimpik Musim Panas pertama dibawah presiden IOC, Thomas Bach.[1] Bandar tuan rumah, Rio de Janeiro diumumkan semasa Sesi IOC ke-121 yang berlangsung di Copenhagen, Denmark pada 2 Oktober 2009. Rio menjadi bandar Amerika Selatan pertama untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas. Ini merupakan acara sukan pertama yang diadakan di negara berbahasa Portugis, yang pertama diadakan semasa musim sejuk negara tuan rumah, yang pertama sejak tahun 1968 untuk diadakan di Amerika Latin dan yang pertama sejak tahun 2000 untuk diadakan di Hemisfera Selatan.
Pelbagai kontroversi telah berlaku sebelum acara sukan ini bermula termasuk termasuk ketidakstabilan kerajaan persekutuan Brazil, kebimbangan mengenai virus Zika, pencemaran teruk di Teluk Guanabara serta skandal doping melibatkan Rusia yang memberi kesan kepada penyertaan atlet mereka dalam acara sukan ini.