Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail
Sultan Johor / From Wikipedia, the free encyclopedia
Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi [1][2][3][4][5][γ][δ] (Tulisan Jawi: سلطان إسكندر الحاج إبن المرحوم سلطان إسماعيلcode: ms is deprecated ; 8 April 1932 – 22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989.[ε] Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Pemerintahan Sultan Iskandar berlangsung selama hampir 29 tahun sehingga kemangkatannya pada 22 Januari 2010, di mana beliau digantikan oleh anakanda sulungnya, Sultan Ibrahim. Anakandanya telah berkahwin dengan kerabat diraja Malaysia yang berbeza. Anak sulung Baginda, Tunku Kamariah, Tengku Puan Laksamana, berkahwin dengan Tengku Laksamana dari Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Anak pengganti dan sulungnya, Sultan Ibrahim berkahwin dengan seorang anggota Keluarga Diraja Perak, Raja Zarith Sofiah. Anak perempuannya, Tunku Azizah berkahwin dengan pewaris takhta Pahang, Tengku Abdullah. Anak lelakinya, Tunku Abdul Majid berkahwin dengan seorang anggota Keluarga Diraja Kedah, Tunku Teh Mazni.
Yang di-Pertuan Agong | |
Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi | |
---|---|
Yang di-Pertuan Agong ke- | 8 |
Raja Permaisuri Agong | Sultanah Zanariah binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad |
Negeri | Johor |
Keputeraan | (1932-04-08)8 April 1932 Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia |
Kemangkatan | 22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77) Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Mula jawatan | 26 April 1984 |
Tamat jawatan | 25 April 1989 |
Penyandang terdahulu | Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah |
Penyandang kemudian | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah |
Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi | |
---|---|
Sultan Johor Moden ke-IV | |
Pemerintahan | 11 Mei 1981 - 22 Januari 2010 |
Pendahulu | Sultan Ismail |
Pengganti | Sultan Ibrahim |
Raja Muda | Tunku Ibrahim Ismail |
Pasangan | Enche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (Josephine Ruby Trevorrow) (k. 1956; c. 1962) Sultanah Zanariah binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad (k. 1961; b. 2010) |
Anakanda | |
Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Tunku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Tunku Ibrahim Ismail Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Tunku Mariam Zaharah Tunku Noraini Fatimah Tunku Maimunah Ismailiah Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim Tunku Muna Najiah Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah | |
Nama penuh | |
Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi | |
Tempat persemayaman | Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor |
Ayahanda | Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur |
Bonda | Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad |
Keputeraan | (1932-04-08)8 April 1932 Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British |
Kemangkatan | 22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77) Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Malaysia |
Dimakamkan | 23 Januari 2010 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor |
Agama | Islam Sunni |
Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar,[6] kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong,[7] ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.[8]
Bagaimanapun, ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran,[9][10] dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda,[11] termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang berlaku dari 1970-an hingga 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam.[12][13]
Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmood"[14][15][γ] atau nama penuhnya "Mahmood Iskandar". Sungguhpun, nama "Mahmood" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada tahun 1981,[16][ζ] namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmood Iskandar" sekali-sekala.[17]