Tahun Baru Jepun
Setiap 1 Januari, Masyarakat Jepun akan menyambut Hari Tahun Baru Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Masyarakat Jepun menyambut perayaan tahun baru mereka yakni Tahun Baru Jepun (正月code: ja is deprecated , shōgatsu) pada setiap 1 Januari. Asalnya, tarikh ini diadakan mengikut takwim Tempō berasaskan kalendar lunisolar Cina dan disambut pada awal musim bunga, serentak dengan Tahun Baru Cina, Korea dan Vietnam sehingga hari ini. Pada tahun 1873, lima tahun selepas Pemulihan Meiji, Jepun menerima pakai takwim Gregorius, maka hari pertama bulan Januari dijadikan Hari Tahun Baru rasmi di Jepun zaman sekarang.[2] Tahun baru yang lama yang berdasarkan kalendar qamari itu kini dikenali sebagai Tahun Baru Lama (旧正月 kyūshōgatsu). Sambutan Tahun Baru dihargai masyarakat Jepun sebagai salah satu perayaan terpenting yang disambut dengan dipenuhi adat yang unik sejak berabad-abad lamanya.
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Jepun. (Februari 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Tahun Baru Jepun | |
---|---|
Nama rasmi | Shougatsu (正月) |
Diraikan oleh/di | Jepun |
Jenis | Kebudayaan |
Kepentingan | Tahun Baru Qamari |
Tarikh | 1 Januari |
Berkaitan dengan | Omisoka Hari Tahun Baru |