Tarekat Hasyasyin
From Wikipedia, the free encyclopedia
"Hassassin" dilencongkan ke sini. Untuk pembunuh upahan dalam novel Dan Brown, lihat Senarai watak dalam Angels & Demons § Hassassin.
Hasyasyin atau Asasin (Bahasa Arab: أساسِيّون; Bahasa Parsi:حشاشین), ialah gelaran pengikut bagi cabang Nizari dari mazhab Islam Syiah Ismailiyah semasa Zaman Pertengahan.[1] Nizari, atau Hasyasyin, sepertimana dikenali oleh musuh mereka,[2] berpecah daripada Ismailiyah Kerajaan Khilafah Fatimiyah berikutan pertikaian mengenai pewarisan pemimpin agama dan politik Khalifah Fatimiyyah Al-Mustansir.