Tasik-Tasik Besar Amerika
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tasik-Tasik Besar di Amerika Utara (bahasa Inggeris: Great Lakescode: en is deprecated , Perancis: Grands Lacscode: fr is deprecated ) terdiri dari lima buah tasik besar yang terletak di bahagian timur benua tersebut berdekatan sempadan antara negara-negara Kanada dan Amerika Syarikat. Kelompok tasik ini termasuklah tasik-tasik Erie, Huron, Michigan, Ontario dan Superior membentuk rangkaian atau kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia.[1] Sistem tasik ini kadangkala dianggap sebagai laut pedalaman. Kumpulan Tasik ini bertemu dengan Lautan Atlantik di timur melalui Sungai Lawrence.