Tasik Kenyir
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 260 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Contoh dan sudut pandangan rencana atau bahagian ini mungkin mempunyai sikap berat sebelah yang meluas atau perlindungan tidak seimbang ke arah satu atau lebih kawasan-kawasan yang khusus. |
Tasik Kenyir | |
---|---|
Lokasi | Terengganu |
Koordinat | 5°00′N 102°48′E |
Jenis | Kolam air |
Aliran masuk utama | Sungai Kenyir |
Aliran keluar utama | Sungai Terengganu |
Negara lembangan | Malaysia |
Luas permukaan | 260 km² |
Pulau | 340 |
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya ialah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan houseboat[1] dan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.
Pelbagai usaha di pertingkatkan dalam usaha memperkenalkan Tasik Kenyir di peringkat yang lebih tinggi.[2]
Pulau Herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala bagi penggemar fotografi, Air Terjun Lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam. Air terjun yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir ini juga merupakan tarikan utama perlancongan. woshememe