Taufan Talas
From Wikipedia, the free encyclopedia
Taufan Talas (kod antarabangsa: 1112, kod JTWC :15W) merupakan siklon tropika yang luar biasa besar tetapi lemah yang menyebabkan banyak kematian dan kerosakan teruk di negara pulau Jepun. Ia adalah ribut bernama ke-12, ribut tropika teruk ke-7 dan taufan ke-5 dalam musim taufan Pasifik 2011. Taufan Talas adalah yang terburuk di Jepun sejak Taufan Tokage 2004 melanda negara itu. Talas dalam bahasa Filipina bermaksud "tajam".[1] Ia berlaku selepas lima bulan tsunami Tōhoku 2011 menyebabkan kerosakan teruk dan krisis nuklear. Talas telah membunuh 53 orang dan 54 masih hilang.[2]
Taufan (skala JMA) | |
---|---|
Ribut tropika (SSHWS) | |
Terbentuk | 23 Ogos 2011 |
Reda | 5 September 2011 |
Angin terkuat | 10 minit berterusan: 120 km/j (75 bpj) 1 minit berterusan: 100 km/j (65 bpj) |
Tekanan terendah | 965 hPa (mbar); 28.5 inHg |
Kematian | 53 maut, 54 hilang |
Kawasan terjejas | Jepun |
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2011 | |
Hujan sangat lebat 66.5 milimeter per jam, dengan hujan 69.0 mm di Yamanakako, Yamanashi, dan 49.5 mm di Ichinoseki, Iwate, melebihi rekod bagi seluruh bulan September. Kira-kira 3,200 orang dipindahkan dari 16 wilayah selepas taufan itu menyebabkan banjir besar dan banjir kilat. 700 rumah dibanjiri, 9,500 isi rumah hilang kuasa elektrik. 400 penerbangan terpaksa dibatalkan yang menyebabkan 34,000 penumpang terkandas.