The Exchange 106
From Wikipedia, the free encyclopedia
The Exchange 106 (dahulunya dikenali sebagai: Menara TRX) merupakan pencakar langit yang kini berada dalam pembinaan di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur. Pembinaan bermula pada 29 April 2016, dan dirancang siap dibina pada pertengahan 2019. Apabila siap dibina, ia akan mempunyai 106 tingkat dan mencapai ketinggian 492 meter[1] secara langsung akan menggantikan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara sebelum Menara Warisan Merdeka siap dibina yang dijangka pada 2022.[2] Bangunan ini ialah pencakar langit kedua di Asia Tenggara.
The Exchange 106 ذى إيکسچينج 106 | |
---|---|
Nama lama | Menara TRX |
Maklumat umum | |
Status | Dalam pembinaan |
Jenis | Pejabat |
Lokasi | Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pembinaan bermula | 2016 |
Disiapkan pada | 2019 |
Tinggi | 492 m (1,614 ka) |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 106 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Pemaju | Mulia Group |
Kontraktor utama | Mulia Group |
Projek dibangunkan oleh Mulia Group Malaysia[3] dengan kerjasama kontraktor dari China Construction Eighth Engineering Bureau Co. Ltd. Bangunan ini juga merupakan bangunan tertinggi dibina oleh syarikat China di luar Tanah Besar China.