The Silence of the Lambs (filem)
From Wikipedia, the free encyclopedia
The Silence of the Lambs ialah sebuah filem thriller dan psikologi seram Amerika Syarikat tahun 1991 diarahkan oleh Jonathan Demme. Filem ini dibintangi Jodie Foster, Anthony Hopkins dan Scott Glenn. Ia adalah berdasarkan novel tahun 1988 oleh Thomas Harris dengan nama yang sama. Di dalam filem ini, Clarice Starling, seorang pelatih muda FBI meminta nasihat daripada Dr. Lecter yang dipenjara untuk menangkap seorang lagi pembunuh bersiri yang dikenali sebagai "Buffalo Bill".
The Silence of the Lambs | |
---|---|
Pengarah | Jonathan Demme |
Lakon layar | Ted Tally |
Berdasarkan | The Silence of the Lambs oleh Thomas Harris |
Dihasilkan oleh | Edward Saxon Kenneth Utt Ron Bozman |
Dibintangi | Jodie Foster Anthony Hopkins Scott Glenn Ted Levine Anthony Heald |
Sinematografi | Tak Fujimoto |
Disunting oleh | Craig McKay |
Muzik oleh | Howard Shore |
Syarikat penerbitan | Strong Heart/Demme Productions |
Diedarkan oleh | Orion Pictures |
Tarikh tayangan | 14 Februari 1991 |
Masa tayangan | 118 minit[1] |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $19 juta[2] |
Pecah panggung | $272.7 juta[2] |
The Silence of the Lambs ditayangkan pada 14 Februari 1991 dan mengutip $272.7 juta di seluruh dunia berbanding bajet produksi sebanyak $19 juta. Ia merupakan filem ketiga selepas It Happened One Night dan One Flew Over the Cuckoo's Nest untuk memenangi Anugerah Akademi dalam kesemua lima kategori utama: Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Ia juga merupakan pemenang Filem Terbaik pertama yang dianggap sebagai filem seram dan yang ketiga untuk dicalonkan dalam kategori itu selepas The Exorcist pada tahun 1973 dan Jaws pada tahun 1975.[3] Filem ini dianggap sebagai "budaya, sejarah atau estetika" yang penting oleh Perpustakaan Kongres dan dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan pada tahun 2011.[4]