Timbuktu
bandar di Mali / From Wikipedia, the free encyclopedia
Timbuktu (bahasa Tuareg: ⵜⵏⴱⴾⵜcode: tmh is deprecated Tin Buqt, Arab: تُمْبُكْتُو, rumi: Tumbuktūcode: ar is deprecated , Perancis: Tombouctoucode: fr is deprecated , bahasa Koyra Chiini: Tumbutu) ialah suatu kota terletak jauh 20 km (12 bt) utara dari sungai Niger di Mali. Ia berpendudukan sebanyak 54,453 orang setakat sensus 2009.
Timbuktu
ⵜⵏⴱⴾⵜcode: tmh is deprecated (Tamashek) Tumbutucode: khq is deprecated (Koyra Chiini Songhay) | |
---|---|
City | |
Transkripsi | |
• Koyra Chiini: | Tumbutu |
Koordinat: 16°46′33″N 3°00′34″W | |
Negara | Mali |
Kawasan | Kawasan Tombouctou |
Cercle | Timbuktu Cercle |
Settled | kurun ke-5 SM |
Pentadbiran | |
• Datuk bandar | Hallé Ousmane |
Aras | 261 m (856 ft) |
Penduduk (2009)[1] | |
• Jumlah | 54,453 |
Iklim | BWh |
Timbuktu | |
Nama asli | Tombouctou, تمبكتو |
Nama rasmi | Tombouctou |
Termasuklah | Djinguereber Mosque |
Inskripsi | 1988 (sesi ke-12) |
Dalam bahaya | 1990–2005; 2012–kini |
sunting · sunting di Wikidata | |
Ia dijadikan petempatan tetap seawal abad ke-12 di mana ia makmur hasil perdagangan garam, gading, hamba abdi dan emas. Ia menjadi sebahagian daripada Empayar Mali seawal kurun ke-14 namun ditawan puak-puak Tuareg pada awal kurun ke-15, ia diserap dalam Empayar Songhai sekitar tahun 1468. Ia ditawan tentera Saadi dalam pertempuran Tondibi tahun 1591; Timbuktu dijadikan kota utama dinasti tersebut. Sejak itu, kota ini semakin lama semakin hilang kepentingannya.
Kota ini pernah menjadi tumpuan para ilmuwan Islam serata Afrika dengan adanya madrasah Sankore yang merupakan pusat pengajian utama serantau benua tersebut. Ia dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO tahun 1988[2] hasil penilaian kepentingan sejarah kawasan ini serta binaan-binaan masjidnya kepada perkembangan Islam di Afrika.[3]