UEFA Euro 2024
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejohanan Eropah UEFA 2024 (Jawi: کجوهنن ايروڤه ويفا 2024code: ms is deprecated ), biasanya dirujuk sebagai UEFA Euro 2024 atau hanya Euro 2024, akan menjadi edisi ke-17 Kejohanan Eropah untuk pasukan bola sepak kebangsaan lelaki yang dianjurkan oleh UEFA. Jerman akan menjadi tuan rumah kejohanan itu, yang dijadualkan dari 14 Jun hingga 14 Julai 2024.[1]
Fußball-Europameisterschaft 2024 (dalam bahasa Jerman) | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Jerman |
Tarikh | 14 Jun – 14 Julai (dirancang) |
Pasukan | 24 |
Tempat | 10 (di 10 bandar) |
← 2020 2028 → |
Ini adalah kali ketiga Kejohanan Eropah dimainkan di wilayah Jerman dan kali kedua selepas Jerman bersatu semula: terdahulu sebelum penyatuan Jerman, Jerman Barat menjadi tuan rumah kejohanan pada tahun 1988, dan empat perlawanan Euro 2020 multi-nasional dimainkan di Munich. Namun, ini merupakan kali pertama kejohanan diadakan di bekas negara Jerman Timur dengan Leipzig sebagai bandar raya tuan rumah, serta kali pertama Jerman yang bersatu semula berkhidmat sebagai negara tuan rumah solo.[2] Kejohanan itu akan kembali kepada kitaran empat tahun seperti biasa, selepas Euro 2020 ditangguhkan ke 2021 kerana pandemik COVID-19.
Itali adalah juara bertahan, setelah memenangi kejohanan 2020 selepas menewaskan England menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir.[3]