Unicode
From Wikipedia, the free encyclopedia
Unicode ialah piawaian industri yang membolehkan komputer untuk melambangkan dan memanipulasi teks yang diekspresikan dalam mana-mana sistem tulisan di dunia secara konsisten. Unicode yang dibangunkan seiringan dengan piawaian Set Aksara Universal dan diterbit dalam bentuk buku sebagai The Unicode Standard, Unicode terdiri daripada himpunan kira-kira 100,000[1] aksara, satu set carta kod bagi rujukan visual, kaedah pengekodan dan set pengekodan aksara piawai, penyebutan ciri-ciri aksara seperti huruf besar atau kecil, satu set fail komputer data rujukan, dan peraturan untuk penyeragaman, penguraian, pengumpulsemakan dan pengemukaan aksara.
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Konsortium Unicode, sebuah pertubuhan bukan untung yang menyelaras pembangunan Unicode, memegang cita-cita untuk menggantikan skema pengekodan aksara sedia ada dengan Unicode dan skema-skema Unicode Transformation Format (UTF) piawainya, kerana kebanyakan skema pengekodan sedia ada terhad saiz dan skopnya serta tidak serasi dengan persekitaran pelbagai bahasa. Kejayaan Unicode dalam menyatukan set-set aksara telah mencetuskan penggunakan meluas dan dominan dalam pengantarabangsaan dan penyetempatan perisian komputer. Piawaian ini telah dilaksanakan dalam banyak hasil teknologi terkini, termasuk XML, Java dan sistem pengendalian moden.