Universiti Keio
Universiti swasta di Tokyo, Jepun / From Wikipedia, the free encyclopedia
Universiti Keio (慶應義塾大学 Keiō Gijuku Daigaku) ialah universiti tertua di Jepun.[3] Universiti ini ditubuhkan pada 1858 oleh Fukuzawa Yukichi sebagai sekolah pengajian Barat di Edo (kini Tokyo), dan menubuhkan tiga fakulti pertamanya pada 1890.[4] Universiti Keio memiliki 10 fakulti, dan 14 program pascasarjana.[5] Pasukan besbol Keio bermain di Liga Besbol Tokyo Big6.
慶應義塾大学code: ja is deprecated | |
Moto | Calamvs gladio fortior (Latin: Pena lebih tajam daripada pedang) |
---|---|
Jenis | Swasta |
Ditubuhkan pada | 1858 |
Canselor | Prof. Atsushi Seike |
Staf akademik | 731 profesor, 347 profesor bersekutu, 2.414 pembantu profesor[1] |
Staf pentadbiran | 2.662 |
Pelajar | 32.275 (data Julai 2006)[2] |
Siswazah | 27.984[2] |
Ijazah/Sarjana | 4.291 |
Kedoktoran | 3.708 |
Lokasi | , , |
Warna | biru dan merah |
Penggabungan | ASAIHL |
Laman sesawang | www.keio.ac.jp |
Alumni terkenal Keio di antaranya tiga belas Perdana Menteri Jepun: Junichiro Koizumi (2001-2006), Ryutaro Hashimoto (1996–1998), dan Inukai Tsuyoshi. Di sektor swasta, 230 alumni Keio memegang jawatan Ketua pegawai eksekutif (KPE) di syarikat besar, dan 97 alumni Keio menjadi KPE di syarikat asing di Jepun.[6]
Keio dipandang sebagai universiti swasta paling berprestij di Jepun.[7] Universiti ini berada di peringkat nombor 4 di dunia dalam senarai yang disusun oleh École des Mines de Paris.[8]
Universiti Keio juga mempunyai sekolah tinggi di New York, Amerika Syarikat bernama Keio Academy of New York.