Vladimir Agung
From Wikipedia, the free encyclopedia
Vladimir I Sviatoslavich atau Volodymyr I Sviatoslavych[8] (Bahasa Slav Timur Kuno: Володимѣръ Свѧтославичь, rumi: Volodiměr Svętoslavičcode: orv is deprecated ;[lower-alpha 1][lower-alpha 2][9] Nama Kristian: Basil;[10] s. 958 – 15 Julai 1015), diberi gelaran "Vladimir Agung",[11] ialah seorang Pengiran Novgorod bermula tahun 970 dan kemudian menjadi Pengiran Besar Kiev bermula tahun 978 sehingga kemangkatannya pada tahun 1015.[12][13] Gereja Ortodoks Timur menobatkannya sebagai Saint Vladimir.[14][15]
Vladimir Agung | |||||
---|---|---|---|---|---|
Pengiran Besar Kiev | |||||
Reign | 11 Jun 978 – 15 Julai 1015 | ||||
Didahului oleh | Yaropolk I | ||||
Diikuti oleh | Sviatopolk I | ||||
Pengiran Novgorod | |||||
Pemerintahan | 970 – s. 988 | ||||
Didahului oleh | Sviatoslav I | ||||
Diikuti oleh | Vysheslav | ||||
Keputeraan | s. 958 Budnik berdekatan Pskov (Pskov Oblast moden)[2] atau Budiatychi (Volyn Oblast moden)[3] | ||||
Kemangkatan | 15 Julai 1015 (berusia lebih kurang 57) Berestove (kini di Kyiv) | ||||
Pemakaman | Gereja Tithes, Kyiv | ||||
Isteri |
| ||||
Anakanda among others |
| ||||
| |||||
Dinasti | Rurik | ||||
Ayahanda | Sviatoslav I, Kiev | ||||
Bonda | Malusha[4] | ||||
Agama | Kekristianan Chalcedonia (bermula tahun 988) sebelum ini Paganisme Slav |
Vladimir | |
---|---|
Lahir | sekitar tahun 958 |
Meninggal | 15 Julai 1015 |
Dihormati oleh | Gereja Ortodoks Timur[5] Gereja Katolik[6] Golongan Anglikan Lutheranisme[7] |
Hari perayaan | 15 Julai |
sunting |
Ayahanda Vladimir ialah Sviatoslav I dari Dinasti Rurik.[16] Selepas kematian bapanya pada tahun 972, Vladimir yang ketika itu merupakan pengiran di Novgorod, terpaksa melarikan diri ke luar negara selepas abangnya Yaropolk membunuh saudaranya yang lain bernama Oleg pada tahun 977 untuk menjadi pemerintah tunggal di Rusia. Vladimir mengumpulkan tentera di Varanger dan kembali untuk menggulingkan Yaropolk pada tahun 978.[17] Menjelang tahun 980,[13] Vladimir telah menyatukan kerajaannya sehingga mencecah Laut Baltik dan mengukuhkan sempadan perbatasan menentang pencerobohan orang Bulgaria, suku Balt dan nomad Timur. Pada asalnya yang juga merupakan pengikut paganisme Slav, Vladimir memeluk agama Kristian pada tahun 988,[18][19][20] dan mengkristiankan penduduk Rus Kievan.[16][21]