Wad khas di Tokyo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Wad khas di Tokyo (特別区 tokubetsu-ku) merupakan gabungan 23 kawasan perbandaran menghasilkan satu bahagian utama dan tempat yang paling popular di Tokyo, Jepun. Keseluruhan kawasan perbandaran yang ada di Tokyo merupakan bandar-bandar di Tokyo yang pernah wujud suatu ketika dahulu sebelum bandar-bandar ini dimansuhkan pada tahun 1943. Struktur wad khas Tokyo ini dibentuk dibawah Undang-undang Autonomi Tempatan Jepun dan yang uniknya hanya Tokyo sahaja yang mempunyai wad khas ini.
Bahagian Pentadbiran Jepun |
---|
Peringkat Prefektur |
Prefektur (都道府県 todōfuken) |
Peringkat Subwilayah |
Subwilayah (支庁 shichō) |
Peringkat Kawasan Perbandaran |
Bandar Terancang (政令指定都市 seirei-shitei-toshi) Bandar Istimewa Wad Istimewa (Tokyo) |
Peringkat Subkawasan Perbandaran |
Wad (区 ku) |
Dalam kalangan masyarakat Jepun, wad khas ini lebih dikenali sebagai “wad dua puluh tiga” (23区 nijūsan-ku). secara amnya, wad disini juga bermaksud “bandar” walau bagaimanapun masyarakat Jepun menetapkan bahawa wad khas (tokubetsuku) tidak pernah sama dengan bandar-bandar lain. Nerima menganggap bahawa bandar tersebut sebagai salah satu “bandar istimewa Tokyo” tapi konsep ini bukan bandar-bandar istimewa di Jepun (tokureishi).