World Trade Center
From Wikipedia, the free encyclopedia
World Trade Center (Bahasa Inggeris untuk Pusat Dagangan Dunia) merupakan sebuah kompleks yang terdiri daripada tujuh buah bangunan termasuk menara berkembar pencakar langit setinggi 110 tingkat di bandar raya New York, Amerika Syarikat.
World Trade Center | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ketinggian yang direkodkan | |||||||||||||||||||||
Tertinggi di dunia dari 1971 hingga 1973[I] | |||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Bangunan Empire State | ||||||||||||||||||||
Diatasi oleh | Menara Willis | ||||||||||||||||||||
Maklumat umum | |||||||||||||||||||||
Status | Dimusnahkan | ||||||||||||||||||||
Gaya seni bina | ekspressionisme pembinaan | ||||||||||||||||||||
Lokasi | Manhattan Bawah, Bandaraya New York | ||||||||||||||||||||
Koordinat | 40°42′42″N 74°00′45″W | ||||||||||||||||||||
Pecah tanah | 5 Ogos 1966 | ||||||||||||||||||||
Pembinaan bermula |
| ||||||||||||||||||||
Upacara atas bumbung |
| ||||||||||||||||||||
Disiapkan pada |
| ||||||||||||||||||||
Pembukaan |
| ||||||||||||||||||||
Dirasmikan pada | April 4, 1973; 51 tahun yang lalu (April 4, 1973) | ||||||||||||||||||||
Diruntuhkan pada | 11 September 2001; 22 tahun yang lalu (2001-09-11) | ||||||||||||||||||||
Pemilik | Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Reka bentuk dan seni bina | |||||||||||||||||||||
Arkitek |
| ||||||||||||||||||||
Pemaju | Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey | ||||||||||||||||||||
Jurutera | Worthington, Skilling, Helle & Jackson,[2] Leslie E. Robertson Associates | ||||||||||||||||||||
Kontraktor utama | Syarikat Pembinaan Tishman Realty | ||||||||||||||||||||
Rujukan | |||||||||||||||||||||
I. ↑ World Trade Center di Emporis [3][4] |
Pusat milik Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey ini telah musnah akibat serangan pengganas pada 11 September 2001. Kompleks ini meliputi sebuah kawasan pejabat seluas 13.4 juta kaki persegi, iaitu hampir empat peratus ruang pejabat di seluruh lower Manhattan. Ia juga terletak berhampiran dengan New York Stock Exchange.
Pada Februari 1993, suatu bom telah diletupkan oleh pengganas tetapi ia hanya merosakkan sebahagian kecil bangunan diaras bawah. Namun serangan nekad pengganas pada 2001 telah menghancurkan bangunan tersebut. Selama beberapa dekad, bangunan ini telah menjadi mercu tanda AS terutamanya bandar raya New York. Malah, sewaktu pembukaannya ia telah mengambil alih tempat Bangunan Empire State sebagai bangunan tertinggi di dunia. Selain itu, kompleks ini telah mencetuskan minat terhadap pembinaan Pusat Dagangan Dunia diseluruh dunia.