Black Lives Matter
Gerakan hak asasi manusia berpangkalan di Amerika Syarikat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Black Lives Matter (Inggeris: Kehidupan orang berkulit hitam penting) ialah gerakan hak asasi manusia antarabangsa, yang berasal dari masyarakat Afrika-Amerika, yang berkempen menentang keganasan dan perkauman sistemik terhadap orang berkulit hitam. BLM kerap mengadakan tunjuk perasaan yang membicarakan pembunuhan polis terhadap orang berkulit hitam, dan isu-isu yang lebih luas seperti profil perkauman, kekejaman polis, dan ketidaksamaan kaum dalam sistem keadilan jenayah Amerika Syarikat.[1]
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | BLM |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan aktivis |
Tujuan | Protes dan advokasi anti-perkauman |
Tapak web | www.blacklivesmatter.com |
Sejarah | |
Dibentuk | 13 Julai 2013; 10 tahun yang lalu (2013-07-13) |
Pengasas |
|
Tokoh penting |
|
Gabungan | Gerakan hak awam |
Anugerah | |
Sydney Peace Prize (2017) | |
Lokasi | |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Gerakan ini bermula dari 2013, dengan penggunaan tanda pagar #BlackLivesMatter di media sosial setelah George Zimmerman, pelaku penembakan Trayvon Martin, seorang pemuda berkulit hitam pada Februari 2012. Black Lives Matter menjadi gerakan yang dikenali di seluruh negara setelah perhimpunan yang dilakukan selepas dua kematian melibatkan warga kulit hitam Amerika Syarikat: Michael Brown (menyebabkan demonstrasi dan rusuhan di Ferguson) serta Erik Garner di Bandar Raya New York.[2][3][4] Sejak bantahan di Ferguson, ahli gerakan ini telah melakukan demonstrasi membantah kematian sejumlah warga kulit hitam oleh polis mahupun ketika ditahan polis. Sejak pertengahan 2015, aktivis-aktivis BLM juga terlibat dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016. Pencetus tanda pagar dan penggerak BLM, Alicia Garza, Patrisse Cullors, dan Opal Tometi, membangunkan gerakan ini menjadi sebuah rangkaian kebangsaan dengan lebih dari 30 cabang antara 2014 hingga 2016.[5] Namun, gerakan BLM secara keseluruhan ialah rangkaian yang tersebar tanpa struktur rasmi.[6]