Rusuhan Ferguson
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rusuhan Ferguson (atau Pemberontakan Ferguson, Protes Ferguson, atau Huru-Hara Ferguson) di Ferguson, Missouri, ialah protes dan rusuhan sejak 10 Ogos 2014, ketika Michael Brown ditembak oleh pegawai polis Darren Wilson. Rusuhan ini mencetuskan perdebatan di Amerika Syarikat mengenai hubungan antara polis dengan orang Afrika Amerika, polis tentera, dan penggunaan kekerasan oleh polis di Missouri dan AS.[7][8][9]
Rusuhan Ferguson 2014 | |
---|---|
Sebahagian daripada Gerakan Black Lives Matter dan reaksi ke atas penembakan Michael Brown | |
Tarikh | Gelombang pertama: 09 Ogos 2014 (2014-08-09) – 25 Ogos 2014 (2014-08-25)[1] Gelombang kedua: 24 November 2014 (2014-11-24)[2] – 2 Disember 2014 (2014-12-02)[3] Gelombang ketiga: 09 Ogos 2015 (2015-08-09) – 11 Ogos 2015 (2015-08-11) |
Lokasi | Ferguson, Missouri, AS |
Punca | Gelombang pertama: Penembakan Michael Brown Gelombang kedua: Darren Wilson tidak didakwa Gelombang ketiga: Setahun peringatan penembakan |
Kaedah | Kerusuhan, vandalisme, perampasan, tembakan. |
Mangsa | |
Tercedera | sekitar 10 dari perusuh[4][5] 6 polis |
Ditangkap | sekitar 321 dari massa[6] |
Sewaktu butiran dari penembakan Michael Brown sampai ke pengetahuan umum, polis melaksanakan perintah berkurung dan mengerahkan persatuan antihuru-hara untuk menjaga ketertiban. Bersamaan dengan tunjuk perasaan, berlaku rampasan dan rusuhan di sekitar tempat penembakan Michael Brown, dan di seluruh bandar. Menurut media, polis merespons dengan kekuatan ketenteraan ketika menangani kekerasan yang terjadi pada unjuk rasa tersebut. Rusuhan beterusan pada 24 November, ketika dewan juri tidak memenjarakan Darrel Wilson.[10]
Gelombang ketiga berlaku pada peringatan setahun penembakan Michael Brown, Ogos 2015.[11] Jabatan Keadilan AS menyimpulkan bahawa Darrel menembak Michael sebagai pertahanan diri.[12][13]
Sebagai respons atas penembakan dan rusuhan, Jabatan Keadilan melakukan siasatan untuk pelaksanaan kepolisan di Jabatan Polis Ferguson (DPF).[14] Pada Mac 2015, mereka menyimpulkan bahawa DPF telah melakukan kekeliruan terhadap warga Ferguson, dengan cara mendiskriminasi warga Afrika Amerika dan menerapkan stereotip perkauman dengan pola atau penerapan yang tidak sesuai dengan undang-undang.[15][16][17] Mereka juga mendapati bahawa bandar Ferguson bergantung pada wang denda dan dakwaan yang dibuat oleh polis.[18]