Liga Super Malaysia 2024–25
From Wikipedia, the free encyclopedia
Liga Super 2024–25 (bahasa Inggeris: 2024–25 Super Leaguecode: en is deprecated ) adalah merupakan musim yang ke-21 sejak Liga Super Malaysia, liga bola sepak profesional di Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004, dan musim ke-43 bola sepak Malaysia secara keseluruhan.
Musim | 2024–25 |
---|---|
Tarikh | 10–12 Mei 2024 – April 2025 |
Jumlah perlawanan | 18 |
Jumlah gol | 50 (2.78 per perlawanan) |
Penjaring gol terbanyak | 9 pemain (Masing-masing 2 gol) |
Kemenangan terbesar tuan rumah | 4 gol Selangor 4–0 Negeri Sembilan (26 Mei 2024) |
Kemenangan terbesar pelawat | 4 gol Kuala Lumpur City 1–5 Johor Darul Ta'zim (25 Mei 2024) |
Gol tertinggi | 6 gol Kuala Lumpur City 1–5 Johor Darul Ta'zim (25 Mei 2024) |
Menang berturut-turut paling lama | 3 perlawanan Johor Darul Ta'zim |
Tanpa kalah paling lama | 3 perlawanan Johor Darul Ta'zim Pulau Pinang Sabah Terengganu |
Tanpa menang berturut-turut paling lama | 3 perlawanan Kuching City Pulau Pinang Kelantan Darul Naim |
Kalah berturut-turut paling lama | 3 perlawanan Kelantan Darul Naim |
Kehadiran | 119,863 |
Kehadiran tertinggi | 19,988 Johor Darul Ta'zim 3–1 Negeri Sembilan (18 Mei 2024) |
Kehadiran terendah | 631 PDRM 1–1 Pulau Pinang (25 Mei 2024) |
Purata kehadiran | 7,050 |
← 2023 2025–26 →
Semua statistik tepat pada 26 Mei 2024. |
Ini adalah musim pertama untuk liga mempunyai jadual dua tahun, bukannya jadual sepanjang tahun sejak musim 2007–08. Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dijangka memperkenalkan dan meneruskan rancangan asal untuk melaksanakan format baharu Liga Malaysia dengan liga dijangka bermula pertengahan tahun ini, mengikut format kalendar Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mulai 2024.[1][2] AFC menukar kalendar pertandingan dari Ogos kepada Mei bermula musim 2023–24 untuk memudahkan penyusunan jadual selari dengan kalendar antarabangsa FIFA.[3] Pada 22 Disember 2023, MFL mengumumkan tarikh sepak mula musim baharu Liga Malaysia 2024–25. Musim baharu akan bermula pada 3–5 Mei 2024, sehingga April 2025 berikutan perpindahan liga menyelaraskan musim domestik dengan kalendar AFC baharu.[4] Ia adalah musim kedua selepas penstrukturan semula, dengan 16 pasukan (bukan 12).
Ini akan menjadi musim pertama liga secara rasmi menggunakan teknologi pembantu pengadil video (VAR).
Johor Darul Ta'zim adalah juara bertahan ketika ini dari musim 2023.