Red Bull Racing
From Wikipedia, the free encyclopedia
Oracle Red Bull Racing (dahulunya dikenali sebagai Red Bull Racing) ialah sebuah pasukan Formula Satu yang berpangkalan di Milton Keynes, England, yang kini memegang lesen Austria. Pasukan ini, bersama Scuderia Toro Rosso, merupakan salah satu daripada dua pasukan yang dimiliki oleh syarikat minuman Red Bull GmbH. Pasukan ini telah memenangi gelaran Kejuaraan Pengeluar Dunia sebanyak tiga kali, pada tahun 2010, 2011, dan 2012 dan menjadi pemegang lesen negara Austria yang pertama untuk memenangi kejuaraan tersebut. Pasukan juga berjaya memenangi tiga Kejuaraan Pemandu Dunia pada tahun 2010, 2011, dan 2012 dengan usaha Sebastian Vettel. Pasukan diuruskan oleh Christian Horner. Pasukan telah menggunakan enjin Renault sejak musim 2007, dan akan terus menggunakan enjin tersebut sehingga musim 2016.[4] Pada bulan November 2012, ia telah diumumkan bahawa Infiniti akan menjadi nama penaja pasukan dari musim 2013 dan seterusnya, dan pasukan akan dikenali sebagai Infiniti Red Bull Racing.[5][6]
Nama penuh | Oracle Red Bull Racing[1][2] |
---|---|
Pangkalan | Milton Keynes, Buckinghamshire, England, United Kingdom |
Ketua pasukan | Christian Horner |
Ketua Pegawai Teknikal | Adrian Newey |
Pengarah teknikal | Pierre Waché[3] |
Laman sesawang | redbullracing.com |
Nama terdahulu | Jaguar Racing F1 Team |
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Penampilan pertama | Grand Prix Australia 2005 |
Perlumbaan terkini | Grand Prix Abu Dhabi 2023 |
Perlumbaan disertai | 370 (369 permulaan) |
Kejuaraan Pengeluar | 6 (2010, 2011, 2012, 2013, 2022, 2023) |
Kejuaraan Pemandu | 7 (2010, 2011, 2012, 2013, 2021, 2022, 2023) |
Kemenangan | 113 |
Petak pertama | 95 |
Pusingan terpantas | 95 |
Kedudukan 2023 | Pertama (860 mata) |