Kejohanan Remaja B-17 UEFA 2017
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kejohanan Remaja B-17 UEFA 2017 akan menjadi edisi ke-16 Kejohanan Remaja B-17 UEFA (edisi ke-35 jika era Bawah 16 juga termasuk), kejohanan bola sepak remaja antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh UEFA untuk pasukan negara lelaki bawah-17 Eropah. Croatia, yang telah dipilih oleh UEFA pada 26 Januari 2015, akan menjadi tuan rumah kejohanan ini.[1]
UEFA U-17 Europsko prvenstvo 2017 | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Croatia |
Tarikh | 3 Mei – 19 Mei 2017 |
Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 7 (di 6 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Sepanyol (Kejuaraan Ke-3) |
Naib Juara | England |
Separuh Akhir | Turki Jerman |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 32 |
Jaringan gol | 99 (3.09 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Amine Gouiri (9 gol) |
← 2016 2018 → |
Sebanyak 16 pasukan akan bermain dalam kejohanan ini, dengan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2000 layak untuk mengambil bahagian.
Sama seperti edisi sebelumnya diadakan pada tahun ganjil, kejohanan itu bertindak sebagai kelayakan UEFA untuk Piala Dunia B-17 FIFA. Lima pasukan kejohanan itu akan layak ke Piala Dunia B-17 FIFA 2017 di India sebagai wakil dari zon UEFA. Ini telah berkurangan daripada enam pasukan sebelumnya, seperti FIFA memutuskan untuk memberi satu daripada slot asalnya yang dikhaskan untuk UEFA kepada Konfederasi Bola Sepak Oceania bermula dari 2017.[2]