Kesultanan Johor-Riau
kesultanan Melayu / From Wikipedia, the free encyclopedia
Kesultanan Johor-Riau (Jawi: کسلطانن جوهر رياوcode: ms is deprecated ), turut dikenali sebagai Kesultanan Johor Lama, Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang dan Empayar Johor, ialah sebuah kesultanan Melayu yang diasaskan oleh putera Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II pada 1528. Johor ialah sebahagian daripada Kesultanan Melaka sebelum Portugis menakluk ibu kota Melaka pada 1511. Dengan penguasaannya, kesultanan ini memerintah kawasan yang kini merupakan Johor, Pahang, Terengganu, dan kawasan yang terbentang dari Sungai Klang ke Sungai Linggi (merangkumi Selangor dan luak-luak di Negeri Sembilan kini), Tanjung Tuan (Melaka), Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Karimun, pulau-pulau di Bintan, Bulang, Lingga dan Bunguran, dan Bengkalis, Kampar dan Siak di Sumatera.[3] Semasa zaman penjajahan, kawasan tanah besar ditadbir oleh British, manakala bahagian kepulauan ditadbir oleh Belanda, menyebabkan pemecahan kesultanan kepada Johor dan Riau. Pada 1946, bahagian yang ditadbir British menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudiannya, ia menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1949, bahagian yang ditadbir Belanda pula menjadi sebahagian daripada Indonesia.
Kesultanan Johor-Riau کسلطانن جوهر رياوcode: ms is deprecated | |
---|---|
1528–1855 | |
Ibu negara |
|
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Melayu Klasik |
Agama | Islam, Ahli Sunah Waljamaah |
Kerajaan | Raja mutlak, monarki |
Sultan | |
• 1528–1564 | Sultan Alauddin Riayat Shah II(pertama) |
• 1812–1830 | Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (pemerintah rasmi terakhir) |
• 1819 – 1835 | Sultan Hussain Shah (Pemerintah boneka) |
• 1835 – 1855 | Sultan Ali Iskandar Shah (sultan terakhir Johor-Riau) |
Bendahara | |
• 1513–1520 | Tun Khoja Ahmad (pertama) |
• 1806–1857 | Tun Ali (akhir) |
Sejarah | |
• Didirikan | 1528 |
• Dibubarkan | 1855 |
Mata wang | Jongkong timah, emas and syiling perak |
Sekarang sebahagian dari | Malaysia Singapura Indonesia |