Pandemik COVID-19 di Brunei
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pandemik COVID-19 telah disahkan tersebar di Brunei apabila kes pertama disahkan di Tutong[note 1] pada 9 Mac 2020 melibatkan seorang lelaki tempatan yang telah pulang dari Kuala Lumpur, Malaysia.[1]
Rencana ini mendokumenkan suatu pandemik penyakit terkini. Maklumat mengenainya mungkin berubah dengan cepat selepas lebih banyak maklumat diperoleh; laporan berita dan sumber utama lain mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini terakhir untuk rencana ini mungkin tidak menggambarkan maklumat yang terkini mengenai pandemik penyakit ini untuk semua tempat. |
Pandemik COVID-19 di Brunei | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Brunei |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, China |
Kes indeks | 9 Mac 2020, di Tutong[note 1] |
Kes yang disahkan | 279,661 (9 Mac 2023)[2] |
Sembuh | 117 (22 April 2020)[3] |
Kematian | 225 (9 Mac 2023)[2] |
Laman web rasmi | |
(Inggeris) Kementerian Kesihatan |
Sehingga kini, Brunei merupakan negara yang mencatatkan jumlah positif dan kematian terendah di Asia Tenggara.[4] Setakat 28 Ogos 2021, terdapat sebanyak 2,462 kes yang telah disahkan dengan 7 kematian.
Pada mulanya kes-kes di Brunei kebanyakannya merupakan kes jangkitan tempatan sehingga awal Mei 2020. Setelah itu, hanya kes import sahaja yang dikesan melibatkan warganya yang pulang dari luar negara. Brunei juga pernah menjadi antara negara yang berjaya mengawal jangkitan COVID-19 selepas 413 hari sifar kes tempatan pada 24 Jun 2021.[5]
Pada 7 Ogos 2021, selepas 457 hari sifar kes tempatan, Brunei kembali mencatatkan kes jangkitan tempatan. Beberapa kluster tempatan juga mulai muncul hasil daripada pengesanan kontak rapat yang dijalankan.[6]