Panglima Bukit Gantang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (4 Mei 1905 – 15 April 1959) juga dikenali sebagai Dato' Panglima Bukit Gantang merupakan bekas Menteri Besar Perak yang pertama dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957. Beliau mendapat gelaran Orang Kaya-kaya Dato’ Panglima Bukit Gantang dari Perak iaitu sebagai salah seorang Orang Besar Berempat Perak.
Fakta Segera YBhg Dato' Panglima Bukit Gantang Tan Sri Dato' Seri HajiAbdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz PMN; SPCM (Perak), Menteri Besar Perak pertama ...
YBhg Dato' Panglima Bukit Gantang Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz | |
---|---|
Menteri Besar Perak pertama | |
Dalam jawatan 1948–1957 | |
Digantikan oleh | Mohamed Ghazali bin Jawi |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1905-05-04)4 Mei 1905 Sayong, Kuala Kangsar, Perak |
Meninggal dunia | 15 April 1959(1959-04-15) (umur 53) Canning Garden Estate, Ipoh, Perak |
Parti politik | NAP (1953-1959) UMNO (1946-1953) |
Profesion | Peguam |
Anugerah | Lihat |
Tutup
Beliau berasal dari keturunan bangsawan Perak (Orang Besar Berempat Perak) dan merupakan anak pembesar Melayu yang pertama dapat melanjutkan pelajaran ke England. Beliau juga salah seorang daripada empat wakil Sultan ke London untuk Rombongan Kemerdekaan.