Pertempuran El Alamein Kedua
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pertempuran El Alamein Kedua (23 Oktober–11 November 1942) adalah satu pertempuran Perang Dunia II yang berlangsung dekat perhentian keretapi El Alamein di Mesir. Dengan kemenangan pihak Bersekutu, ia menjadi titik perubahan dalam Kempen Gurun Barat. Pertempuran El Alamein Pertama telah menghalang kuasa Paksi dari mara jauh kedalam Mesir. Pada Ogos 1942, Leftenan Jeneral Sir Bernard Law Montgomery mengambil alih pemerintahan Tentera Darat Kelapan selepas pemecatan Jeneral Claude Auchinleck dan kematian penggantinya Leftenan Jeneral William Gott dalam satu nahas udara.
Pertempuran El Alamein Kedua | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Kempen Gurun Barat dalam Perang Dunia II | |||||||
24 Oktober 1942: Askar-askar dari Divisyen Ke-9 Infantri Australia dalam gaya menyerang. (Jurugambar: Len Chetwyn) | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Jerman Nazi Itali |
Australia New Zealand Afrika Selatan Perancis Bebas Kerajaan Yunani Amerika Syarikat (bantuan udara)[1][2] | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Georg Stumme † Erwin Rommel Ritter von Thoma # Ettore Bastico | Bernard Montgomery | ||||||
Kekuatan | |||||||
116,000 askar[3][lower-alpha 1] 547 kereta kebal[lower-alpha 2] 192 kereta perisai[4] 770[6] – 900 pesawat (480 dapat digunakan)[lower-alpha 3] 552 laras artileri[8] 496 meriam anti kereta kebal[lower-alpha 4] – 1,063[10] |
195,000 askar[4] 1,029 kereta kebal[lower-alpha 5] 435 kereta perisai[4] 730[lower-alpha 6] – 750 pesawat (530 dapat digunakan)[lower-alpha 7] 892[8] – 908 laras artileri[4] 1,451 meriam anti-kereta kebal[4][lower-alpha 8] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
36,939 hingga 59,000 askar (9,000 terbunuh atau hilang, 15,000 cedera, 35,000 tawanan) s. 500 kereta kebal 254 meriam 64 pesawat Jerman dan 20 Itali |
13,560 askar (4,810 terbunuh atau hilang, 8,950 cedera) 332–s. 500 kereta kebal 111 meriam 77 pesawat British dan 20 AS [12] |
Kemenangan British mengubah arus Kempen Afrika Utara dan menamatkan ancaman Paksi ke Mesir, Terusan Suez dan medan minyak Timur Tengah dan Parsi melalui Afrika Utara. Pertempuran El Alamein Kedua menghidupkan kembali semangat pihak Sekutu, menjadi kejayaan besar pertama terhadap pihak Paksi semenjak Operasi Crusader pada akhir tahun 1941. Pertempuran ini serentak dengan penyerbuan Bersekutu ke atas Afrika Utara Perancis dalam Operasi Torch, yang bermula pada 8 November, serta Pertempuran Stalingrad dan Kempen Guadalcanal.